Tuesday, 9 April 2013

Muzium Padi,Alor Setar,Kedah pada 3 Mac 2013

Pntu masuk bayaran RM5 dewasa kanak-kanak RM3 ada tingkat bahagian atas gambar pemandangan di sekitar muzium.Lukisan yang sangat besar .Penonton hanya duduk dengan selesa dan pentas akan berpusing perlahan-lahan sambil menikmati lukisan yang sangat besar 3 dimensi.

Bahagian luar muzium ada patung binatang seperti singa,kuda yang menarik perhatian kanak-kanak.

Dibelakang tu tangga turun ke tingkat bawah

Pentas yang berputar 

Gambar pemandangan daerah Keriang yg besar


Tangga turun ke tingkat 1 seperti dalam gua ada sarang burung dan kelawar



Di tingkat bawah ada pameran beras berbagai negara




Peralatan menanam,menuai membajak bendah/sawah dan alat menangkap ikan juga dipamerkan

Bahagian luar muzium disediakan tempat memelihara burung puyuh dan ayam di dalam sangkar


Thursday, 4 April 2013

Makan angin ke Bandung,Indonesia 26-29 Okt 2011

Alhamdulillah kali ini kami berpeluang ke Bandung pula bercuti bersama keluarga.Gambar ni di kedai batik di  Pasar Besar Bandung.Cantik batik indonesia harga boleh tahan.


Selepas penat membeli sehelai dua batik kami singgah makan di fort court di bahagian atas pasar ini.Kai ini kami makan masakan .Sunda, itek goreng,gado-gado

ais kacang yang sedap,strawberi ais

Di bahagian atas kedai Toko3 Ada disediakan tempat berehat.Kerusi meja dari ukiran kayu memang cantik

Pada hari kedua kami menyewa kereta dengan supirnya sekali bernama Lily kambing.Kami ke puncak gunung berapi yang terkenal , Tangkuban Perahu di bandung.

Sebelum ke sini selalu melihat di dalam gambar sahaja dan ku sangkakan kawah gunung tu berair dan berasap keluar rupanya dasar kawah adalah pasir halus dan asap itu adalah kabus /wap air yang sejuk sebab di puncak gunung.


 
Sesiapa yang berminat menunggang kuda juga ada disediakan

Di puncak gunung ini memang sejuk dari Cameron Highlands,Pahang tapi oleh kerana masanya hanya sekejap sahaja di sini..tak terasa sejuk sangat...

Berbagai jualan ada dijual di sini.Gerai-gerainya banyak menjual barang hiasan.Ini gambar pasu-pasu kecil yang dipotong dari sejenis pokok.Ia bukan diukir tetapi memang batangnya telah tercorak batik.

Sesungguhnya bumi Allah ini luas dan berbagai benda ada di dalamnya.Lain padang lain belalangnya.Tangkuban Perahu,suatu tempat yang sejuk ,nyaman dan unik ada bekas gunung berapi meetup.

Cameron Highlands 18 Jan 2013


Cameron Highlands.Pada 18 jan 2013 kami sekeluarga telah berkumpul ramai-ramai di sini.Alhamdulillah ikatan kekeluargaan bertambah erat dengan berkumpul begini.
Rumah peranginan kerajaan persekutuan kalau dah dapat Dg48 bolehla memohon tinggal di bunglow
pokok-pokok bunga bunganya yang cantik


Bahagian belakang dapurnya.Ada disediakan tempat barbique...dan makan kami masak sendiri

Masa ni singgah di ladang Bharat Tea plantation..minum teh RM6/seteko dan makanan ringan
Di ladang Teh Bharat Plantation

On the way pulang ke rumah peranginan kami singgah bergambar dan membeli sedikit pokok kaktus dan bunga lain








Inilah kumpulan keluarga dan kawan-kawan ahli keluarga yang berkampung di banglo RPH tu punyala ramai.Selepas bergambar kami kenalah bayar tambahan untuk lebihan orang yang menginap di situ.Cadangnya tak ramai yang nak datang tapi bila tiba harinya punyala ramai yang datang kami tak terkata apa tak kan tak bagi duduk...dan mereka pun tak tahu berapa yang boleh masuk...Anyway semua gembira sebelah malam nya  ada yang barbique ayam ..dan kami sediakan char kue tiow ...semua memuji sedap 2 orang chef yang dah lengoh menggoreng lebih kurang 25 pinggan....


Bunga ros ni memang paling diminat sejak dulu lagi  beli juga sepokok

Alhamdulillah sebelum jam 12 tengahri kami pun check out dari RPH tu di tahun hadapan pasti kami datang lagi mungkin kali ini dengan ahli rombonganyang lain pula.Semuga ikatan kekeluargaan ini terus berkekalan.


Monday, 1 April 2013

Makan angin ke Songkla n Satun ,Thailand 26 Jan 2013

Makan nasi bersama masak asam ikan senangin

Pantai Samila

Peninggalan perang torpedo

Patung Duyung di Pantai samila

Akuarium Songkla

Penyu berbaju

Nasi goreng ketam n tomyam di Kg Pak Bara,Satun

Wilayah Satun

Jeti feri ke Langkawi-Satun

Jeti Satun-Langkawi