Alhamdulillah kali ini kami berpeluang ke Bandung pula bercuti bersama keluarga.Gambar ni di kedai batik di Pasar Besar Bandung.Cantik batik indonesia harga boleh tahan.
Selepas penat membeli sehelai dua batik kami singgah makan di fort court di bahagian atas pasar ini.Kai ini kami makan masakan .Sunda, itek goreng,gado-gado
ais kacang yang sedap,strawberi ais
Di bahagian atas kedai Toko3 Ada disediakan tempat berehat.Kerusi meja dari ukiran kayu memang cantik
Pada hari kedua kami menyewa kereta dengan supirnya sekali bernama Lily kambing.Kami ke puncak gunung berapi yang terkenal , Tangkuban Perahu di bandung.
Sebelum ke sini selalu melihat di dalam gambar sahaja dan ku sangkakan kawah gunung tu berair dan berasap keluar rupanya dasar kawah adalah pasir halus dan asap itu adalah kabus /wap air yang sejuk sebab di puncak gunung.
Sesiapa yang berminat menunggang kuda juga ada disediakan
Di puncak gunung ini memang sejuk dari Cameron Highlands,Pahang tapi oleh kerana masanya hanya sekejap sahaja di sini..tak terasa sejuk sangat...
Berbagai jualan ada dijual di sini.Gerai-gerainya banyak menjual barang hiasan.Ini gambar pasu-pasu kecil yang dipotong dari sejenis pokok.Ia bukan diukir tetapi memang batangnya telah tercorak batik.
Sesungguhnya bumi Allah ini luas dan berbagai benda ada di dalamnya.Lain padang lain belalangnya.Tangkuban Perahu,suatu tempat yang sejuk ,nyaman dan unik ada bekas gunung berapi meetup.
No comments:
Post a Comment